Pelajar enggan bawa buku teks? apa kesudahanya....

Utusan Malaysia....9 Februari



Siasat punca pelajar enggan bawa buku teks....



Buku teks merupakan salah satu wadah untuk pelajar menimba ilmu selain berpandukan ajaran guru serta sumber-sumber lain.........Perubahan silibus diperkenalkan melalui buku teks, Falsafah Pendidkan juga diterjemahkan melalui buku teks dan pelbagai ilmu pengetahuan juga disampaikan menggunakan buku teks.

Justeru itu, amatlah membimbangkan sekiranya perihal ini dibiarkan berterusan bak kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Loke Yim Pheng "isu berkenaan sudah dibincangkan secara meluas sebelum ini namun ia masih berpanjangan". Tambahan pula tiga atau empat tahun lalu, Kementerian Pelajaran mengeluarkan peruntukan membina almari di dalam kelas sebagai tempat penyimpanan buku ekoran aduan daripada ibu bapa yang tidak berpuas hati kerana anak mereka membawa beg berat. Namun langkah ini juga nampaknya tidak memberikan impak yang diimpikan gara-gara ada pula aduan daripada ibu-bapa yang beranggapan anak mereka tidak ada latihan ketika di rumah kerana semua buku ditinggalkan di sekolah sehingga kerajaan tidak meneruskan penyediaan almari itu.

Serba-salah dibuatnya......................Antara langkah penyelesaian yang pada hemat saya wajar digunapakai adalah mengaplikasi proses pembelajaran menggunakan peralatan atau kemudahan teknologi dan maklumat sepenuhnya. Tambahan pula, pihak sekolah sememangnya telah mula menggunakan komputer riba, projector, CD dan banyak lagi alat bantu mengajar dalam bentuk kemudahan teknologi dan maklumat....

Diharapkan masalah ini dapat diatasi sebijak yang mungkin bagi memastikan bakal pemimpin negara akan datang tidak ketandusan ilmu pengetahuan disebabkan keengganan membawa buku teks........amat memalukan sekiranya ia benar-benar berlaku.

No comments:

Post a Comment

 
Cebong`s Notez
---- HAFIS. Green World Blogger Template---- © Template Design by Herro