APLIKASI GURU : DATA PEMARKAHAN
Pergi ke sel yang agak jauh dari kedudukan aplikasi sistem pemarkahan yang telah dihasilkan supaya senarai nombor-nombor tersebut tidak kelihatan.
Taipkan nombor 0 dan 1 sahaja di dalam sel yang berlainan secara berturutan. Dengan menggunakan fill handle, seretkan tetikus dan bina senarai nombor sehingga menghasilkan nombor sehingga 100
Kembali ke sel markah BM. Pergi ke Menu Bar dan Pilih Data> Validation
Apabila kekotak Data validation dipaparkan, pilih List di dalam pilihan Allow
Apabila pilihan List dipilih, pergi ke ruangan Source dan klik di bahagian kanan kotak tersebut untuk memilih sumber nombor yang telah kita hasilkan tadi. Highlightkan kesemua nombor dari 0 hingga 100 yang telah kita hasilkan.
Satu formula akan terbentuk di ruangan Source. Klik OK
Tugas guru hanya perlu memilih markah yang diperolehi oleh pelajar pertama tadi dalam subjek BM. Mudah bukan! Gunakan Fill Handle untuk menyalin formula tersebut bagi sel markah BM pelajar yang lain, juga bagi sel mata pelajaran yang lain.
No comments:
Post a Comment